a day full of tears .

start : 01.07 AM
location : Deluxe Suite, Gleneales Hospital, Kuala Lumpur.

assalamualaikum, morning ^^





yeah aku sedang mendapatkan rawatan di sebuah private hospital yang sangat sunyi waktu waktu macam ni. nasib baik harini Dila temankan. Sejujurnya, aku tak sedarkan diri around 7 jam. a long sleep.

aku tak pedulikan apa yang berlaku sampai aku terpaksa terperap dalam suite ni tapi apa yang aku nak tegaskan, aku dah terlalu banyak buat orang menangis hari ni. aku tak mampu nak cam siapa yang datang melawat. aku terpaksa tanya, siapa mereka. dalam keadaan macam ni, aku rasa aku macam orang asing dalam keluarga aku sendiri. aku tak tahu ape yang berlaku. yang aku pasti, lepas aku sedar tengah malam tadi, aku tak tahu suara siapa yang tengah panggil lembut nama aku supaya bangun. dia menangis bila dengar suara aku, tapi dia tangisan dia lebih kuat bila aku tanya, "ni siapa". suara tu cuma jawab, "sayang, ni papa". aku diam sebab aku tak rasa aku kenal mana mana lelaki nama 'papa'. Dia Azri. lelaki yang konon nya aku sayang. aku letih nafikan. tapi bila petang tadi ada yang suruh aku bukak balik facebook aku, check cerita2 lama, tengok gambar2 bersama, aku mula percaya tu Azri. Azri yang mulanya aku anggap sebagai kawan baik kepada buah hati aku yang mana bila aku cerita, Azri beritahu, aku sedang bercerita tentang ex boyfriend aku. mesti hancur hati dia. :')

adik aku jauh hati dengan aku harini. dia datang untuk ceriakan suasana, tapi bila aku tanya siapa dia, aku tau senyuman dia yang hilang mesti bertukar air mata bila dia terus letak bekas bubur dan keluar dari bilik tu. aku nak panggil, tapi aku lupa nama dia. serious aku lupa. end up, aku biarkan. later, Dila datang hantarkan barang. Dila menangis bila aku lupa tarikh lahir dia. get up Anil. tarikh lahir kau sama dengan dia. aku tahu Dila kecewa. Dia menangis tapi masih dia nak temankan aku. Ada dia dekat tepi aku tengah buatkan milo untuk aku. yeah. aku manja dengan orang yang aku sayang. aku harap aku tak susahkan dia.

hmm, tak kisah lah apa pun. aku masih perlukan masa untuk semua ni. Ingatan aku hilang dan timbul. sekarang aku ingat nama dia, mungkin sekejap lagi, aku langsung tak mengenali siapa dia. hanya Allah yang tahu keadaan aku yang sangat tertekan ni. 

takpe lah. aku tahu aku kuat. :)

berhenti dulu. assalamualaikum 

end : 01.38AM

terima kasih daun keladi, lain kali singgah la lagi :)

2 comments:

Azim Razali said...

saya taw awak sedng menitskan air mata tatkala menulis entry nie...semoga anil cepat sembuh...kesian azry...die amat memerlukan anil....anil kuat ...azim doakan anil cepat sembuh :') amin~

Nadzirah said...

terima kasih. ye saya tahu dia perlukan saya dan saya dah letih berpura pura. terima kasih. :')