fall in love


aku menggigil bila dia text dan beritahu dia dah sampai. aku genggam tangan Dila kuat. kemudian beralih kepada adik Dila yang setia temankan aku. Dila terpaksa jemput dia dulu. dan akhirnya dia betul betul ada depan mata aku.

aku diam. aku curi curi perhatikan dia dari balik pintu kaca automatik tu. buat sekian waktu, aku hanya berdiri kaku melawan perasaan gemuruh. aku masih mencuri pandang walau mata dia sedang sibuk mencari kelibat kawan kawan. alahai, comelnya kau ! *pintal tudung*

bila aku betul betul berhadapan, dia terus memberi senyuman. 

senyuman yang sering buat aku gila. aku rindu. buat aku tak keruan bila bersama dia. buat aku tersengih macam budak budak diberi coklat walaupun gigi banyak rongak.

aku balas senyuman dia dan kaki melangkah keluar dari KL Sentral menuju monorel. 

dia tarik muka bila aku maklumkan yang aku perlu balik awal. dia tunjuk perangai manja. tapi aku dah cukup bersyukur dipertemukan hari itu. aku khabarkan pada dia bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan. aku sedih nak tinggalkan dia. 

aku perlu balik awal. genggaman tangannya aku lepaskan dan berlalu sahaja aku dari tangga pemisah itu, air mata aku laju sahaja mengalir. ahh. ini pasti cuma sementara. dan dia, yang pada mulanya sudah berpisah cepat kembali ke KL Sentral sebelum aku pergi. senyuman manis lagi diberi. 




10 bulan yang lepas, aku tak tahu yang aku akan jatuh cinta macam ni. dia selalu buat aku senyum sorang sorang. macam tak percaya tiba tiba kau ada dalam hati aku.

sekarang, hari hari aku kena menahan rindu. semua ni salah kau. aku nak kau yang bertanggung jawab. kau tahu, aku akan sentiasa cintakan kau.

aku mahu senyuman tu terus melekat di bibir kau. doa aku untuk kau tak akan pernah putus. aku pernah cakap, kau umpama oxygen dalam hidup aku. eshh ! kau selalu buat aku nampak macam orang gila ! ><


terima kasih daun keladi, lain kali singgah la lagi :)